Special Sponsor

Wednesday, October 17, 2007

Set Filter pada Wireless AP

Hari raya ni semua orang cuti, jadi ramai la balik kampung. So biasalah memasing bawak balik gajet-gajet diorang. Laptop, henfon, PSP dan macam-macam bende yang boleh akses internet guna wifi. Di sebabkan rumah aku ada sebijik Wireless AP (Access Point) dan disambung ke modem TMNET yang biru tu semua orang dengan 'FREE' nye boleh mengakses.

Jadi situasinya jadi macam ni, aku limitkan 6 user ( maknanya 6 IP je la) je boleh guna dan masuk kat dalam network. Jadi dah terlampau banyak dicampur dengan jiran-jiran sekali sampai pc aku, laptop abg ipar aku kene 'tendang' dari network terpaksalah aku meng"ON" kan function filter mac address untuk akses pada Wireless AP aku. So disinilah tutorial akan ditunjukkan dengan menggunakan Wireless AP Linksys WAP11, Mozilla Firefox 2.0 dan Windows XP SP2.

1. Buka web browser dan tulis 192.168.1.251. Lepas tu enter



2. Login window. Letak Username dan Password untuk Wireless AP tu, kalau tak tahu tengok dalam buku manual atau CD yang ada dalam kotak.



3. Bila dah berjaya kat login window di atas tadi paparan macam kat bawah ni akan muncul. Biarkan saja dan klik pada Advanced.




4. Filtered Mac Address : Enabled.
Only allow PCs with MAC listed below to access device.
Letak MAC address yang dikehendaki (maknanya yang di benarkan sahaja) untuk akses Wireless AP tu. Lepas tu klik Apply.



Macam mana nak tahu MAC address kita? kalau guna windows senang je, klik run > cmd > ipconfig /all .



Lepas je aku buat bende ni, puh internet terus jadi laju. Dah tak de lembab-lembab lagi dah. Pc aku pun dapat je connect. Kesihan pada orang-orang yang dapat internet "FREE" aku selama ni sekarang dah tak bleh access melainkan kalau dia mintak izin atau dia nak hack MAC address dia. hohoho

No comments: