Special Sponsor

Wednesday, October 24, 2007

Negeri Perak berhajat jadi negeri siber


Saya berasa bertuah kerana membaca satu artikel bertajuk Perak laksana agenda jadi negeri siber. Alangkah bagusnya jika siber yang dimaksudkan itu betul-betul canggih (bukan style 90 an punya siber :D). Di bawah merupakan sedikit petikan artikel tersebut. Untuk artikel penuh sila klik link di atas.

Dalam dua tahun pelaksanaan pelan induk ICT ini, Meru Raya, iaitu bandar siber seluas 50 hektar di Ipoh sudah mendapat status Koridor Raya Multimedia Malaysia (MSC Malaysia). Tiga syarikat berpangkalan di Perak, iaitu Green Earth Sdn Bhd, Red Snapper Sdn Bhd dan Hiroshi Industries Sdn Bhd serta Universiti Teknologi Petronas (UTP) sudah mendapat status MSC Malaysia.



Syarikat penyedia kandungan elektronik terkemuka yang berpangkalan di Dubai, Spacetoon pula bercadang menjadikan Perak sebagai hab mereka untuk rantau Asia Pasifik. Kita sudah mula membina kekuatan tempatan untuk menjadi pemain global.

Perak juga mengambil inisiatif mewujudkan pembelajaran e-kluster, iaitu jaringan elektronik antara beberapa sekolah. Guru dan pelajar dalam e-kluster ini boleh bertukar-tukar nota dan berbincang secara elektronik termasuk dengan sekolah luar negara.

Projek awal membabitkan lima sekolah di Perak dianggap berjaya dan Kementerian Pelajaran mahu menjadikan pembelajaran e-kluster diperluas ke tiga lagi negeri dalam Koridor Ekonomi Wilayah Utara, iaitu Perlis, Pulau Pinang dan Kedah. Matlamat Kementerian Pelajaran ialah melaksanakan pembelajaran e-kluster di seluruh negara, berdasarkan model Perak. Ini sumbangan kita untuk peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

No comments: