Special Sponsor
Monday, July 16, 2007
Semakan Arah Kiblat 16 Julai 2007
SEMAKAN ARAH QIBLAT KETIKA MATAHARI TEPAT ATAS KAABAH
Pada 16 Julai 2007 jam 5.28 petang mengikut Waktu Piawai Malaysia (WPM), umat Islam di negara ini berpeluang untuk menyemak arah qiblat di lokasi masing-masing. Berpandukan kepada analisis data matahari dalam Almanak Falak 2007 oleh Bahagian Penyelidikan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, matahari akan berada tepat di atas Kaabah bagi tahun 2007 pada dua waktu tersebut menyebabkan semua bayang objek tegak akan menunjukkan arah qiblat. Mengikut astronomi, keadaan ini berlaku apabila deklinasi matahari adalah bersamaan dengan latitud Kaabah. Salah satu cara yang boleh digunakan adalah mendirikan tiang tegak di suatu kawasan lapang dan hujung bayang yang terhasil menghala ke pangkalnya pada waktu tersebut adalah arah qiblat. Umat Islam disaran memastikan jam yang diguna pakai adalah tepat bagi kesempurnaan semakan.
Kedudukan matahari tepat di atas Kaabah yang menyebabkan bayang objek tegak di seluruh dunia menunjukkan arah Qiblat.
Posted by nazri at 3:29 PM
Labels: Mesej Komuniti
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment