Special Sponsor

Wednesday, July 4, 2007

Robot Humanoid



PENCIPTAAN robot humanoid kini semakin menghampiri sifat manusia sepenuhnya dan sebuah syarikat Jepun baru-baru ini memperkenalkan robot tahan lasak yang diberi nama HRP-3 Promet Mk-11.

Robot yang dibangunkan oleh syarikat Kawada Industries itu mampu bekerja pada cuaca buruk seperti hujan lebat serta berjalan di atas lantai berpasir.

Mirip kepada robot Imperial Stormtrooper dalam siri filem Star Wars, robot itu berketinggian kira-kira 160 sentimeter dan seberat 68 kilogram iaitu jisim badan yang menyerupai manusia normal.

Keseimbangan badan robot itu juga adalah sebaik manusia kerana ia mampu menghayunkan tangan ketika berjalan.

Menurut Kawada Industries, penciptaan robot itu ditujukan kepada syarikat perusahaan dan kejuruteraan yang memerlukan tenaga kerja di lapangan yang lebih lasak.

Malah, robot itu juga kini sedang dipertingkatkan kemampuannya sehingga mampu bekerja di lokasi pembangunan termasuk sebagai pemandu kenderaan berat.

Bagaimanapun, robot yang berharga kira-kira RM480,000 itu hanya akan siap sepenuhnya pada tahun 2010.

Penciptaan robot HRP-3 Promet Mk-11 ini melengkapkan barisan robot-robot humanoid di Jepun yang sebelum ini pernah memperkenalkan robot yang mampu mengambil alih peranan penyambut tetamu dan penjaga rumah-rumah sakit.

Sumber: Utusan Malaysia Online

No comments: