Juzu’ 28
Surah 62
11 ayat
Diturunkan di Madinah
Petikan dari Tafsir Al-Azhar karangan Prof. Dr. HAMKA
Dalam surah ini, sebelum 3 ayat terakhir mengenai perintah menunaikan solat jumaat, terlebih dahulu diterangkan bagaimana Allah mengutuskan seorang rasul dari kalangan mereka sendiri untuk memimpin mereka ke dalam masyarakat tinggi mutunya kerana bimbingan kitab al-quran dan hikmah menuju hidup yang lebih bersih dan suci sehingga kejahilan dan kesesatan hidup di zaman jahiliyyah bertukar dengan kecerdasan yang lebih tinggi.
Setelah itu, datang pula keterangan tentang umat Yahudi yang memikul tanggungjawab dari Allah dengan menerima kitab Taurat, tetapi mereka tidak mengikut ajaran dari kitab Taurat. Kaum Yahudi hanya tinggal kebangaan diri sahaja. Mereka merasa diri mereka adalah umat istimewa “ Rakyat Allah Yang Terpilih” di antara segala bangsa di dunia. Dengan membawakan ayat-ayat mengenai orang Yahudi yang berkitab tetapi tidak menjalankan isinya, dua pihaklah yang kena. Pertama Yahudi itu sendiri. Kedua kaum muslimin pengikut Nabi Muhammad s.a.w. Bahawa mereka pun akan bernasib seperti Yahudi, kalau mereka menerima al-Quran tetapi tidak hidup berpandukan ajaran yang dibawanya.
Di akhir surah, datanglah perintah mengerjakan solat yang ditentukan dua rakaat pada hari Jumaat. Sehingga Jumaat menjadi hari besar di antara hari yang tujuh. Di waktu itulah umat Islam berkumpul beribadat dibawah pimpinan imam, sebagai mencukupkan pelaksanaan kehendak Allah dalam surah As-Shaff ayat 4, bahawa Allah suka orang yang bershaf pada jalan Allah, laksana rumah yang dibangun kukuh.
No comments:
Post a Comment