Special Sponsor

Friday, January 12, 2007

Monitor LCD

Saya telah membeli monitor LCD Philips 17" 170C kira-kira 5 bulan lepas. Prestasi paparan amat memuaskan terutamanya semasa menonton video, multimedia, mengedit gambar dan game.

Di bawah adalah gambar LCD saya itu... klik untuk membesarkan gambar....

Pandangan dari hadapan<

Susunan butang kawalan

Ciri2 utama yang ditawarkan


Kelebaran sebenar... tapaknya juga nampak elok...


Boleh juga disetting di sini...
Berikut adalah ciri-ciri penting LCD:


Resolution

Tidak seperti paparan CRT (cathode-ray tube) yang membenarkan pemilihan resolution maksimum dan juga ia boleh dilaraskan ke resolution yang paling minima, LCD direka untuk memaparkan resolution yang telah ditetapkan sahaja native resolution. Melaraskan resolution lebih rendah dari yang ditetapkan akan menyebabkan imej yang dipaparkan kurang berkualiti.


Interface

LCD didatangkan dalam jenis analog, hybrid digital/analog dan digital.


Refresh rate

LCD menggunakan refresh rate yang lebih rendah dari CRT. Ini disebabkan perbezaan teknologi pada paparan. CRT pula menggunakan refresh rate lebih tinggi untuk memastikan kestabilan imej yang dipancarkan.

Contohnya pada resolution 1280 x 1024 pada CRT, anda memerlukan 85Hz atau lebih tinggi untuk mendapatkan paparan yang jelas, berbanding LCD yang hanya 60Hz.


Response time

Paparan LCD menggunakan transistor dimana ia memerlukan masa untuk on atau off (time to turn on or turn of). Ia bermaksud ada ukuran masa transistor untuk on atau off dan bila pixel yang berkaitan berubah kepada keadaan tertentu. Ia juga dikenali sebagai masa naik iaitu bila transistor on dan masa jatuh bila transistor off. Ia mempengaruhi paparan imej.

No comments: