SOMARK Innovations, sebuah syarikat baru berpejabat di St Louis, Amerika Syarikat, berjaya membangunkan dakwat pengenalan frekuensi radio (RFID) tanpa cip yang dicop pada lembu dan boleh dibaca pada jarak sejauh 1.8 meter.
Sistem biasa RFID seperti yang digunakan pada tol atau untuk mengesan barangan dalam gudang, mengandungi cip dan antena.
Ia menggunakan bahan gentian yang sudah dimasukkan ke dalam kertas dan bahan sudah dipakejkan.
Proses yang diperkenalkan Somark ini menggunakan satu barisan jarum halus dan alat pembubuh kapsul dakwat, sekali guna bagi mengecopnya pada binatang.
Dakwat itu boleh disediakan secara dalam warna atau tidak kelihatan dan disapu pada bulu binatang berkenaan.
Somark kini berusaha menjanakan kewangan dan berharap dapat melesenkan teknologi itu bagi kegunaan di makmal binatang, mengesan daging yang dipotong dan pergerakan kenderaan tentera.
Pemilik ladang lembu inginkan cop yang tidak dapat dilihat itu memandangkan ia akan menyukarkan pencuri mengenal pasti lembu yang sudah dicop.
Pengasas bersama syarikat itu, Mark Pydynowski bagaimanapun enggan menerangkan secara terperinci mengenai dakwat itu.
Sebaliknya, kata beliau, dakwat itu tidak mengandungi sebarang bahan galian dan 100 peratus dilengkapi ciri serasi persekitaran biologi.
Sumber : Berita Harian
Special Sponsor
Saturday, January 20, 2007
Pengenalan diri melalui RFID
Posted by nazri at 3:55 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment