PIKAT PENGGUNA: Pemain DVD LG ini mudah digunakan
sama seperti DVD biasa dengan menggunakan
alat kawalan jauh.
LG Electronics dari Korea Selatan melancarkan pemain DVD format kembar yang dianggapnya dapat memikat pengguna dan memberi saingan kepada pengeluar lain.
Presiden LG (Amerika Utara), Michael Ahn, berkata pemain DVD definisi tinggi itu akan mula dijual di pasaran Amerika Syarikat dalam minggu pertama bulan depan pada harga AS$1,199 seunit.
“Pemain DVD ini akan memberikan lebih kesenangan kepada pengguna kami,” katanya pada majlis pelancaran DVD itu pada Pameran Barangan Elektrik Pengguna (CES) di Las Vegas, baru-baru ini.
“Pengguna keliru dengan pemain DVD yang mempunyai dua format dan enggan membelinya, tetapi kami memberi mereka penyelesaian,” katanya.
Beliau berkata, pemain DVD baru itu mudah digunakan sama seperti DVD biasa dengan menggunakan alat kawalan mudah.
Pemain DVD LG itu katanya, boleh mengendalikan semua ciri-ciri interaktif Blu-ray, tetapi bukan semua ciri interaktif HD DVD.
Sejak syarikat Jepun, Sony dan Toshiba yang masing-masing melancarkan teknologi Blu-ray dan HD DVD, syarikat elektronik dunia berlumba-lumba menghasilkan DVD yang mempunyai format lebih hebat dan lebih dominan untuk memenangi hati pengguna.
Persaingan dalam mengeluarkan DVD format baru itu menghidupkan semula ‘perang’ di kalangan pengeluar barangan elektrik pengguna jenis itu.
Saingan itu sama seperti yang berlaku kepada pemain video kaset format VHS-Betamax yang pernah popular pada lewat 70-an apabila pemain DVD yang menawarkan imej berkualiti wayang dan hiburan interaktif diperkenalkan untuk memaksa pengguna membuat pilihan.
“Kami akan meneruskan tumpuan kepada pasaran generasi kedua HD DVD,” kata Akio Ozaka, Ketua Produk Pengguna Toshiba (Amerika Syarikat) selepas memperkenalkan produk barunya di Las Vegas.
“Kami akan kekal kepada HD DVD.” kata Ozaka yang menjangkakan tawaran terbaru LG itu akan meningkatkan lagi saingan dalam segmen pasaran DVD.
Penganalisis yang menghadiri persidangan CES itu memberi amaran bahawa LG mungkin terlalu optimistik dengan produk terbarunya itu sedangkan harga bagi DVD iitu lebih mahal daripada kebanyakan televisyen baru jenis nipis.
Pemain DVD Toshiba jenis HD yang diperkenalkan Ozaka Ahad lalu berharga AS$599 seunit, iaitu kos yang dianggap dapat menarik perhatian lebih ramai peminat peralatan teknologi.
Eksekutif Toshiba itu turut mengalu-alukan langkah Warner Bros menjual filem bagi kegunaan dalam pemain DVD format kembar sambil menyatakan itu adalah “idea yang hebat” yang dapat menarik lebih ramai pengguna membeli pemain DVD definisi tinggi. - AFP

No comments:
Post a Comment