Special Sponsor

Showing posts with label Mesej Komuniti. Show all posts
Showing posts with label Mesej Komuniti. Show all posts

Tuesday, October 23, 2007

Semak Daftar Pemilih anda sekarang

Mesej ini dibawakan khas kepada anda oleh blog ini.

Sila semak daftar pemilih anda sekarang kerana Pilihan Raya sudah dekat, database SPR pun dah diupdate. Buktinya senarai nama saya mendaftar pada bulan 3 yang lalu telah ada dalam database SPR suku kedua tahun 2007

SEMAKAN DAFTAR PEMILIH SEHINGGA SUKU KEDUA TAHUN 2007




Jadi apa tunggu lagi. LAMAN WEB SPR BERADA DISINI atau anda boleh cut and paste alamat ini.
http://daftarj.spr.gov.my/

Saturday, October 13, 2007

Raya raya!

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI
kepada semua muslim di seluruh Dunia

raya1


Maaf Zahir batin







Terimalah lagu best sempena hari raya ini, di upload oleh ain chan

Sunday, September 9, 2007

Menjelang Ramadhan

hari ni dah 28 Syaaban 1428H, bermakna tinggal beberapa hari saja lagi
umat islam seluruh dunia akan menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan. Oleh itu aku nak lampirkan satu tazkirah Jumaat & Ramadhan yang aku dapat dari emel.

Ustaz Zain Hashim
Fri | Sep 07, 07 | 11:32:17 AM


Manusia merupakan makhluk yang sering terlibat dalam melakukan dosa dan maksiat. Ini kerana mereka bukan sahaja dibekalkan dengan akal, malah perasaan, nafsu dan pancaindera yang sentiasa mendorong mereka ke arah kejahatan.

Allah SWT menjelaskan menerusi ayat 7-8 surah as-Syams yang bermaksud: "Dan jiwa manusia serta kesempurnaan penciptaannya. Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu jalan kefasikan (kejahatan) dan takwa (kebaikan).

Terdapat golongan Mufassirun (ahli-ahli tafsir) menjelaskan bahawa Allah SWT menjadikan hati manusia cenderung kepada kejahatan kemudian baru cenderung kepada kebaikan atau makruf, itupun jika ditakdirkan umurnya dipanjangkan oleh Allah SWT.

Kedatangan Ramadan kali ini, perlu diambil peluang seluas-luasnya oleh setiap insan beragama Islam, baik lelaki mahupun perempuan, kerana bulan Ramadan disifatkan oleh sesetengah para ulama sebagai bengkel, iaitu bengkel yang menghilangkan tompok-tompok hitam yang masih melekat pada hati manusia sebelum menjelang Ramadan, serta mengetatkan skru-skru lutut yang longgar, kerana tidak berapa pentingkan tarbiah di rumah Allah, sama ada masjid atau surau.

Kita tidak mahu menjadi seperti manusia yang beranggapan bahawa Allah SWT hanya wujud pada bulan Ramadan, sedangkan pada bulan-bulan sebelum dan selepas Ramadan batang hidung pun tidak kelihatan di rumah Allah, ini kerana di rumah Allah apabila kita menjadi tetamu-Nya, banyak juadah rohani disediakan yang tidak ada di tempat-tempat lain, akhirnya diri kita ini dinaik-tarafkan setelah menjadi orang Islam kepada orang beriman dan kemuncaknya ialah orang yang bertakwa.

Dengan dinaikkan taraf orang yang bertakwa, sudah tidak menjadi masalah untuk sentiasa bertaubat dari segala kesalahan yang besar dan yang kecil, kerana selagi mana kita bernama manusia, kita terdedah kepada melakukan dosa, sama ada yang besar ataupun yang kecil.

Bulan Ramadan yang disebut oleh baginda Rasulullah s.a.w. terdapat di dalamnya keampunan Allah SWT, mengapa kita perlu memohon keampunan-Nya? Tidak lain kerana terlalu banyak dosa yang dilakukan, sama ada yang disedari atau sebaliknya. Antara dosa besar yang kita lakukan adalah tidak pernah melaksanakan hukum-hakam Allah dalam al-Quran, malah kita tukarkannya dengan undang-undang ciptaan manusia seperti hukum zina ditukarkan kepada denda atau penjara.

Sehubungan itu, Syeikh Prof Dr Yusuf al-Qaradawi ada menegaskan, bahawa ramai di kalangan manusia tidak sedar terjebak dalam melakukan dosa dan maksiat, terutamanya yang dilakukan oleh pancaindera yang zahir (luaran) seperti dosa tangan, kaki, mata, telinga, lidah, hidung dan sebagainya termasuk dosa perut dan kemaluan.

Dosa tangan ialah dengan melakukan kecurian atau mengambil hak orang lain secara paksa, dosa kaki iaitu berjalan menuju tempat yang ditegah oleh agama seperti tempat pelacuran dan sebagainya.

Dosa mata melihat kepada yang diharamkan oleh Allah seperti melihat aurat orang lain, dosa telinga melalui pendengaran kepada perkara mengumpat dan sebagainya, dosa lidah dengan mengutuk orang lain atau memfitnah, dosa hidung dengan menghidu sesuatu yang diharamkan Allah, dosa perut memakan makanan yang diharamkan atau sumber riba dan dosa kemaluan dengan melakukan perbuatan zina.

Tetapi sebahagian besar daripada mereka lupa dan mungkin tidak mengetahui sedalam-dalamnya dosa serta maksiat yang dilakukan oleh hati, sedangkan dosa hati adalah lebih bahaya daripada dosa-dosa di atas, ini kerana hati seseorang itu boleh terjebak pada niat yang serong daripada agama, tidak ikhlas dalam melakukan sesuatu kebaikan dan yang lebih parah lagi terlibat pada syirik, riyak, bangga diri, cinta pada dunia, kufur (ingkar kepada hukum Allah), hasad dan banyak lagi.

Inilah yang membezakan antara dosa yang dilakukan oleh Nabi Adam a.s. dan Iblis. Dosa Nabi Adama hanya melibatkan pancaindera kerana memakan dari pokok yang terlarang, sementara dosa Iblis lebih teruk daripada itu kerana melibatkan persoalan hati iaitu kufur kepada perintah Allah kerana enggan sujud kepada Adam lantaran sombong.

Walau apapun dosa atau maksiat yang dilakukan oleh seseorang Muslim/Muslimah, besar atau kecil, sengaja atau tidak, sedar atau sebaliknya, dia perlu memohon keampunan daripada Allah Yang Maha Pengampun terhadap dosa-dosa pancaindera dan hati dengan bertaubat kepada Allah.

Dia perlu berazam untuk meninggalkan dosa-dosa yang pernah dilakukannya dan bersungguh-sungguh untuk tidak mahu mengulanginya pada masa-masa akan datang. Perkara ini pernah ditegaskan oleh baginda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Setiap anak Adam itu melakukan kesalahan, dan sebaik-baik kesalahan itu adalah bertaubat kepada Allah." - lanh





Friday, August 31, 2007

50 tahun

Al-Hamdulillah, Akhirnya sudah juga sambutan 50 tahun kemerdekaan disambut dengan pernuh warna warni. Mungkin disebalik warna warni terselit sedikit rasa patriotik di dalam diri masing-masing. so kenapa aku tengok kt tv ada bendera lain dari jalur gemilang pulak?? parti politik? erm pada pendapat aku, yang memperjuangkan merdeka ini bukan sahaja parti politik, malah semua kaum dan rakyat. SO jangan la carik publisiti murahan!


01-Logo

klik untuk melihat gambar lebih besar

so di atas adalah logo kemerdekaan ke-50. simple dan memang macam itulah kebiasaannya bagi logo. warna-warna yang digunakan juga adalah warna jalur gemilang merah, putih, biru, kuning.

so rasanya itu sahaja... kejap lagi ada pertunjukan bunga api...




Sunday, July 29, 2007

Iraq vs Saudi Arabia

Tonight match between Iraq and Saudi Arabia in the final Asian Football Confederation (AFC)
live at 0835pm GMT+8

so don't miss it

update: fulltime Iraq 1 - 0 Saudi Arabia




Saturday, July 28, 2007

Jepun Vs Korea

Petang ni ada perlawanan bola Piala Asia (AFC) menentukan tempat ke-3 dan ke-4.
Jepun lawan Korea. Erm rasanya pasukan mana boleh dapat tempat ke-3 dan ke-4??

Klik untuk membesarkan

semuanya akan ditentukan.... oleh itu sila-sila lah ye bukak tv dan tonton lah pasukan ini bermain pada pukul 0835PM ni...

update: Fulltime Jepun 0 (5) - (6) 0 Korea

Tuesday, July 17, 2007

2007 Mid Year MUET result dah kuar

Ni nak gi tau MUET (Malaysian University English Test)keluar hari selasa 17 Julai 2007 iaitu hari ini. Boleh check kat website dia. http://www.mpm.edu.my/muet/loginfrm.aspx


KUALA LUMPUR, July 14 (Bernama) -- The result of the Malaysian University English Test (MUET) for the middle of 2006 will be announced on July 17 and will be available from 10 am at the school and other institutions where the candidates had sat for the test.

Public Relations Officer of the Malaysian Examinations Board, Khawari Idris said the results could also be obtained on-line from 8.30 am on the same day at the website http://www.mpm.edu.my.

"Candidates can also obtain the results through SMS by typing MUET to 39003 from 12.01 am, July 17," he said in a statement here, Friday.

Khawari said 90,815 candidates sat for the test. Those wishing to resit the test should register on or before July 25.

-- BERNAMA


Monday, July 16, 2007

Semakan Arah Kiblat 16 Julai 2007



SEMAKAN ARAH QIBLAT KETIKA MATAHARI TEPAT ATAS KAABAH


Pada 16 Julai 2007 jam 5.28 petang mengikut Waktu Piawai Malaysia (WPM), umat Islam di negara ini berpeluang untuk menyemak arah qiblat di lokasi masing-masing. Berpandukan kepada analisis data matahari dalam Almanak Falak 2007 oleh Bahagian Penyelidikan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, matahari akan berada tepat di atas Kaabah bagi tahun 2007 pada dua waktu tersebut menyebabkan semua bayang objek tegak akan menunjukkan arah qiblat. Mengikut astronomi, keadaan ini berlaku apabila deklinasi matahari adalah bersamaan dengan latitud Kaabah. Salah satu cara yang boleh digunakan adalah mendirikan tiang tegak di suatu kawasan lapang dan hujung bayang yang terhasil menghala ke pangkalnya pada waktu tersebut adalah arah qiblat. Umat Islam disaran memastikan jam yang diguna pakai adalah tepat bagi kesempurnaan semakan.



Kedudukan matahari tepat di atas Kaabah yang menyebabkan bayang objek tegak di seluruh dunia menunjukkan arah Qiblat.




Saturday, July 14, 2007

Tips untuk elakkan dirogol dan menjaga maruah diri

Malang bagi masyarakat kita, sejak akhir-akhir ini, nampaknya kejadian penganiayaan terhadap golongan kanak-kanak dan wanita semakin berleluasa dalam negara.

Sehubungan dengan itu, untuk membantu diri anda, keluarga dan masyarakat, maka disenaraikan beberapa tips panduan yang berguna untuk diamalkan seperti berikut:

Terhadap Kanak-kanak

Anak-anak kecil mesti sentiasa di bawah pengawasan ibu-bapa, guru-guru atau penjaga yang dipercayai.

Kanak-kanak juga boleh dirogol oleh penjaga atau keluarga penjaga/pengasuh, oleh itu sentiasa ada rasa 'cemburu' dan berhati-hati.

Galakkan anak-anak untuk bercakap atau bercerita apa yang berlaku sepanjang peninggalan ibu bapa supaya dengan ini dia akan memaklumkan perkara-perkara yang mungkin tidak difahaminya yang berlaku ke atasnya.

Latih anak-anak untuk menjauhi orang yang tidak dikenali, kalau perlu ingatkan setiap hari iaitu semasa meninggalkan anak-anak di rumah atau Tadika/Sekolah.

Ingatkan pada anak-anak anggota tubuh badannya yang tidak patut disentuh oleh sesiapa pun kecuali oleh ibu bapa atau pengasuh semasa mandi atau masa buang air.

Bertindak awal jika telah ada tanda-tanda maruah anak-anak cuba dicerobohi.

Jangan pandang remeh tanda-tanda ini takut nanti kita menyesal.

Seboleh-bolehnya jangan benarkan anak-anak tidur di rumah orang lain kecuali sangat perlu dan keluarga tersebut dikenali sebagai keluarga yang amanah dan berhemah.

Latih anak-anak untuk menjerit minta tolong atau sebut "API-API" jika ada gangguan atau pencerobohan terhadap dirinya.

Kajian mendapati jeritan 'API" lebih diberi perhatian oleh orang ramai dari jeritan minta tolong.

Pastikan kita berdoa dan ajar anak-anak berdoa mohon keselamatan serta perlindungan Tuhan semasa melangkah keluar rumah, contoh: "Bismillahi tawakkaltu 'alAllah".

Ingatkan anak untuk tidak menerima pemberian makanan, gula-gula mahupun air dari orang yang tidak dikenali.

Larang anak keluar dari kawasan rumah, ke padang permainan, ke rumah jiran atau ke kedai tanpa pengawasan.

Keluarga terdekat juga boleh menceroboh maruah anak-anak, jadi ibu-ibu perlu maklumkan pada anak-anak juga tentang perkara tersebut.

Sentiasa berhubung dengan guru-guru, penjaga atau pengasuh tentang isu-isu keselamatan anak-anak.

Cara-cara mencegah kejadian rogol atau serangan seksual terhadap remaja

1. Jangan terima pelawaan orang yang tidak dikenali untuk tunjuk arah atau jalan, suruh orang itu minta pertolongan lelaki dewasa. Jika didesak juga, lari dan jerit minta tolong.

2. Jangan tumpang orang yang tidak dikenali sama ada kereta, motor atau basikal.

3. Jangan percaya dan ikut orang yang mengaku dihantar oleh ibu bapa untuk mengambil kamu balik dari sekolah, meskipun diberitahu ibu-bapa kemalangan dan sebagainya.

4. Jangan terima duit, gula-gula atau snek dari orang yang tidak dikenali, jiran, jaga sekolah, guru atau teman lelaki jika berseorangan sahaja dengan mereka.

5. Berhati-hati apabila dalam perjalanan pergi sekolah, kedai dsb juga bila balik rumah.

6. Jangan jadikan amalan terlalu rapat dengan jiran lelaki sama ada tua atau muda, lebih-lebih lagi pergi bermain dan tidur di rumahnya kecuali dengan pengetahuan ibu-bapa dan tidak bersunyi-sunyi.

7. Jika kamu dihalang semasa sedang berjalan, cuba elakkan orang tersebut, jika masih dihalang, lari kebelakang dan jerit sekuat hati.

8. Balik kerumah segera sama ada dari sekolah atau tugasan diluar, jangan singgah dimana-mana tanpa kebenaran dan elakkan dari terlalu banyak bermain-main.

9. Cuba pastikan bila berjalan atau keluar rumah hendaklah bersama keluarga atau teman-teman dalam kumpulan. Elakkan keluar rumah waktu malam kecuali dengan keluarga terdekat.

10. Elakkan dari bergaul bebas dengan lelaki yang tidak dikenali dan yang bukan mahram, kerana lelaki tersebut mungkin gunakan peluang itu untuk merogol kamu.

11. Cuba elakkan dari berjalan di lorong, taman atau kawasan yang sunyi. Jauhi bangunan yang tersudut.

12. Jangan pergi berubat dengan bomoh dan jangan sekali-kali tinggal seorang diri berubat dengannya. Doktor lelaki juga hanya boleh memeriksa kamu dengan kehadiran pembantu wanita/jururawat.

13. Jangan berpakaian seksi. Sekalipun kamu tidak menjadi mangsa pada masa tersebut,tetapi mungkin orang lain yang lebih lemah akan jadi mangsa rogol lelaki yang ada penyakit hati.

14. Pastikan pintu bilik berkunci dengan baik semasa kamu mandi, menyalin pakaian ataupun berehat atas katil.

15. Jangan bermain dan bergurau dengan kawan lelaki dan membiarkan mereka menyentuh badan kamu.

16. Orang lelaki termasuk bapa, abang atau saudara-mara tidak boleh menyentuh bahagian sulit kamu.

17. Patuhi syari'at Allah, buat yang disuruh, tinggal yang dilarang nescaya kamu selamat.

18. Allah berfirman yang bermaksud ".....Jangan dekati zina". Jangan bergaul bebas atau melakukan perkara yang dilarang agama yang boleh membawa kepada zina dan lebih teruk jika dirogol.

Disediakan oleh
Lajnah Kebajikan & Kemasyarakatan PAS Pusat dan
Dewan Muslimat PAS Titiwangsa