this is an ads...
Special Sponsor
Friday, June 6, 2008
Friday, May 30, 2008
Saga BLM
Alhamdulillah!
Kereta aku berjaya juga sampai pada 26 May yang lalu.
gambar dari depan
pandangan tepi, pakai penutup tayar je
spoiler lancer lama, aku tempah kat kedai aksesori 2 minggu lagi dapat la
Apa-apa pun nak tau pasal kereta aku nih sila jengok ke blog proton saga blm aku di sini http://sagablmku.blogspot.com/
Posted by
nazri
at
7:28 AM
0
comments
Labels: car, happy, Jalan-jalan, News
Monday, May 19, 2008
Usah percaya SMS panggilan Maut
Sudah lama aku tidak menulis...
15 May tadi aku menerima SMS dari kakak aku yang berbunyi
KPD SUME YG DIKASIHI. KALAU ANDA MENDPT PNGGILAN TELEFON
YG BRNOMBOR PANJANG.
Cnth: +62852731520946 DAN BRWARNA MERAH, DIHRAP2 SGT JGN DIANGKAT DAN DIJWB PANGGILAN ITU. INI KERANA DI INDONESIA SKRG, SEKUMPULAN PENUNTUT ILMU HITAM SDG MENGUJI ILMU MEREKA MELALUI TELEFON. JIKA SESIAPA YG MENJWB PNGGILAN ITU MULUT AKAN BERBUIH DAN AKAN MATI SLPS ITU. DI INDONESIA SDH 9 ORG MATI....... (panjang sangat malas aku nak taip semula)
Lepas je aku baca aku ketawa terbahak-bahak sampai satu opis dengar, sebab mengarut la sms ni. Power betul ilmu hitam sampai boleh transfer dari talian, ilmu hitam atas talian atau dalam bahasa inggeris (black magic online) huuhuuu.. Itu macam kasi call sama bush, presiden israel ka, Paklah ka, Rosmah ke kan bagus. Aman sikit dunia nih.
Then lepas aku google merata internet rupa-rupanya sms ni hanyalah haox dari seorang perempuan kat negera indonesia sana. Cuba baca di bawah ini...
Kemunculan SMS peringatan berhubung panggilan maut yang kini amat digeruni penduduk Indonesia dikesan mula diterima pemilik telefon bimbit di negara ini sejak minggu lalu dengan amaran supaya tidak menjawab panggilan telefon daripada nombor melebihi lapan angka itu.
Malah, panggilan terbabit yang turut digelar di Indonesia sebagai panggilan santet, deringan syaitan atau telefon maut, didakwa angkara pengamal ilmu hitam yang kononnya mahu menguji tahap keberkesanan ilmu hitam dipelajari.
Berdasarkan laporan media utama Indonesia, penerima panggilan itu bakal menjadi mangsa ‘kes pembunuhan jarak jauh’ didalangi dukun ilmu hitam yang menghantar syaitan atau jin melalui panggilan telefon untuk membunuh mangsa.
Bagaimanapun, dakwaan terbabit dianggap tidak berasas kerana tiada yang dilaporkan mati setakat ini berkaitan penerimaan panggilan maut yang kini merebak ke Malaysia, dipercayai dibawa rakyat negara berkenaan.Siasatan dilakukan pihak berkuasa Indonesia mendapati nombor pengirim SMS itu berasal dari Sumatera Selatan dan Kepulauan Riau, Indonesia.Susulan maklumat dikumpulkan, seorang remaja perempuan yang disyaki mencipta dan menghantar SMS terbabit sudah ditahan minggu lalu oleh polis Indonesia di Riau. Selepas disoal siasat, remaja terbabit mengaku menyebarkan SMS itu hanya untuk gurauan kepada rakannya.
Perkara itu didedahkan Ketua Bahagian Umum Direktorat Jenderal Pos dan Telekomunikasi Indonesia, S Dewabrata kepada media, Selasa lalu, yang mendakwa SMS terbabit dipercayai ada kaitan dengan usaha pihak tertentu bagi mengaut keuntungan selain meningkatkan jumlah pelanggan talian prabayar.
Bagaimanapun, kegemparan mengenai kes itu berterusan apabila laman web berita Kompas.Com semalam melaporkan, seorang pegawai bank ABN di Jalan Petamburan, Jakarta, menjadi individu terbaru menerima panggilan berkenaan selepas M Fani Bratawijaya, 25, sebelah tengah hari. Pejabat Harian Metro di sini, Melaka dan Seremban turut dihujani panggilan telefon bertanyakan mengenai SMS terbabit.
Mesej sepanjang 73 perkataan itu menyatakan kumpulan terbabit akan menghubungi sesiapa menerusi talian antarabangsa secara rambang dan sebaik saja mangsa menjawab panggilan itu mereka kononnya akan mati terkena sihir. Pengguna telefon bimbit talian prabayar, Ismail Che Nordin, 42, turut melahirkan kegelisahan selepas menerima SMS terbabit sebaik tiba di pejabatnya di Taman Segar, Cheras, pagi semalam.
Menurutnya, kemunculan SMS itu boleh mencetuskan ketakutan kepada orang ramai yang menyangka panggilan santau benar-benar wujud dan boleh mendatangkan malapetaka kepada pemilik telefon bimbit.
“Lebih menakutkan apabila SMS terbabit mendakwa dua mangsa di Puchong sudah mati dan meminta disebarkan kepada umum,” katanya yang bekerja sebagai jurujual di sebuah syarikat di Selayang di sini.
Oleh itu sebelum menyebarkan haox lain kali fikir dulu. Dan sekarang aku menunggu pula haox pasal GPS (global positioning system) yang pernah kecoh di Korea sedikit waktu dulu...
Posted by
nazri
at
9:31 AM
0
comments
Wednesday, May 7, 2008
blogging using celcom3g and my k530i
I've just switch my xpax prepaid to celcom postpaid + 3G (D68 plan). So far when i connected my compaq c738 with my phone it works well and speed i got in puchong area around 300kbps... quite good and really fast. Now i blog using celcom3g since this area don't have any wifi or hotspot.
Doing internet connection via k530i is easy because i just using sony Ericsson's mobile networking wizard and the setting is simple.
That my sony ericsson connected with laptop using USB cable
speed connected... what.. 921.6kbps... huhu
Wednesday, April 30, 2008
Lamanya menunggu
wah...wa... wa...
dah hampir 2 bulan semenjak 13 Mac 2008 aku mem'book'ing kereta Proton Saga (2008 model) yang merupakan kereta idaman aku semenjak melihat 'spyshot' kereta tu kat 'blog sphere'.
Setiap hari bila aku bawak kereta saga lama mak aku, bila selisih dengan saga baru mesti aku rasa tak sabar untuk merasai kelainan pada kereta baru tu. Deruman engine semestinya lain dari saga mak aku sebab kereta ni menggunakan karburetor berbanding saga baru menggunakan DOHC + campro IAFM... Mesti boleh lari lagi laju ni. Berdasarkan komen2 positif dan negatif pengunjung di forum paultan mengatakan kereta ini memang power dan negatif tu cuma minor je.
so bila aku dapat kereta ni boleh la aku upload besar-besar gambarnya menggunakan hp S.E K530i aku ni...
Posted by
nazri
at
11:59 PM
0
comments
Selamat hari bekerja
Esok 1 Mei, hari pekerja yang disambut meriah dengan cuti. Kebetulan pula esok khamis, dan ramai yang mengambil cuti hari jumaat so boleh la dapat cuti 4 hari. Patut la jem giler kat tol masa aku nak pergi kerja tadi. Cuba bayangkan beratur 15 minit lebih untuk tol je. Nasib baik dapat juga sampai dan punch proxy card aku pukul 9.56 mlm.
Selamat bercuti dan yang bekerja tu blh claim gaji lebih sket... huhu
Posted by
nazri
at
11:49 PM
0
comments





