Special Sponsor

Tuesday, February 12, 2008

Minimum gaji RM 1.5K

Agak menarik juga satu berita yang aku baca dalam harakah daily pagi ini, jika BA (Barisan Alternatif) menang gaji minimum akan di naikkan ke RM1500 (ya gaji basic aku pun baru RM 1400.00) dan ini dikira sebagai munasabah kerana kenaikan barangan (BN - Barang Naik) so rasa bulan-bulan macam tak cukup makan je.

Antara perkara lain yang disebutkan

[]Sepanjang pemerintahan Pak Lah (4 tahun) sebanyak RM712 Billion telah digunakan sedangkan semasa zaman Mahathir (22 tahun) hanya RM 350 Billion
[]Projek banyak tapi output sket atau output tak seperti yang diharapkan.
[]Pembangunan Wilayah Iskandar RM 240 bilion.
[]Akan dibangunkan sebuah lagi bangunan tertinggi di dunia (lagi tinggi dari Taipei 101) di Johor (WPI)
[]Kos memperbaiki MRR 2 - RM 70,000,000.00 (yeah... dulu masa praktikel memang lalu sini, sial betul jalan jem sebab tutup lorong.)
[]Menteri Pelajaran, Dato' Seri Hishammuddin Hussein kononnya nak bagi yuran percuma tapi apa yang berlaku hanya mansuh yuran RM4.90 tapi kena bayar RM100.00 lebih pada sekolah

So apa pendapat pembaca sekalian?? Jom pergi mengundi. Kewajipan di tangan anda.

1 comment:

Jayzen said...

ahaha.. interesting...