Special Sponsor

Saturday, November 24, 2007

Virus dalam removable device

Mesti korang selalu kena virus kan?
trend virus sekarang ni merebak melalui removable device macam thumbdrive, pendrive, HDD external dan lain-lain.

so macam mana pembuat virus tu mengenakan user macam kita ni supaya execute file yang mengandungi code-code yang 'jahat' tu? trick dia mudah saja, melalui file autorun.inf yang telah di taip supaya kalau tekan terus pada drive atau right click.




klik untuk membesar gambar

Pada gambar di atas, trick dia mengeksploitasikan penggunaan right click, dengan membuat arahan seperti 'open', 'explore' dan 'scan for viruses' apabila di klik akan mengexecutekan file yang berbahaya. So sebagai user bagaimana hendak mengelakkan diri?


klik untuk membesar gambar

Bagi aku, cara paling mudah adalah semasa membukak windows explorer tu, klik pada folder lepas tu pilih la drive apa yang korang nak bukak. Dengan cara ini lebih selamat. Atau cara lain adalah mengdisablekan terus fungsi autorun pada setiap drive, tapi kesan buruk dia kalau ada game yang menggunakan fungsi autorun kira payah sikit la.

1 comment:

Anonymous said...

satu lagi cara ialah..
dengan create satu autorun file yang kosong dengan menggunakan notepad.ok cara nya.
1.Bukak notepad.
2.Save, xyah tulis apa2..masa save click all types of file. taip nama fail sebagai autorun.inf - pastu save.
3.Copy file tu ke pendrive ke, portable hdd ke.
4.lepas copy, right click file yang dah copy ke dalam pendrive/portable hdd tadi.
5.amik properties. pastu TICK read only. Pastu ok.
Dengan cara ni, virus x ley write autorun code yang macam ko post kat atas tu.
Hope this will help :)