Special Sponsor

Saturday, November 10, 2007

Himpunan 100K hari ini

Walaupun tidak dapat permit, tapi perhimpunan Bersih tetap berjalan pada hari ini.
Kita dapat lihat pada frontpage akhbar-akhbar hari ini amaran dan ugutan dari polis, pm dan suku-sakat mereka. Tidak ketinggalan juga di stesen televisyen memaparkan mesej untuk menakut-nakutkan orang yang akan menyertai himpunan 100K berbaju kuning (Digi Yellowman mesti suka) untuk memprotes supaya pilihan raya di jalankan dengan adil dan mewajibkan penggunaan dakwat kekal pada pilihan raya akan datang.

Hak rakyat untuk berhimpun secara aman seperti yang termaktub dalam perkara 10 Perlembagaan Negara tidak boleh ditentukan atau dihalang oleh mana-mana pihak termasuk Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan.

AJK PAS Pusat yang juga peguam Mohamed Hanipa Maidin berkata sekiranya pihak polis menangkap atau menghalang orang ramai yang ingin menuju atau pergi ke perhimpunan aman esok Sabtu 10 NOvember) bermakna pihak polis telah melakukan kesalahan dan menjalankan tugas di luar bidang kuasa malah boleh didakwa di mahkamah.

"Kalau kesesakan lalu lintas dijadikan alasan, maka kenapa dibenarkan perarakan Maulidur Rasul, Kavadi atau konvoi Putera Umno yang sama sahaja situasinya?

"Dan bagaimana polis boleh menyatakan ada kekecohan boleh terjadi sedangkan ianya belum berlaku atau memang ada perancangan polis ke arah itu?," katanya dan menabah bahawa pihak Bersih, parti-parti polistik dan NGO telah memaklumkan kepada semua ahli dan rakyat suapaya tidak melakukan apa-apa provokasi pada perhimpunan itu.

Apa-apa boleh terjadi pada hari ini, so kita tengok dan lihat la lakonan-lakonan oleh pihak-pihak tertentu untuk menjadikan perhimpunan ini tercemar. Sudah tiba masanya untuk berubah

related : Himpunan 100K rakyat oleh Bersih

No comments: