Petikan siaran akhbar dari PUSKAL-Sabah
Klik untuk membesarkan imej
Gerhana Penuh Bulan dijangka berlaku pada 28 Ogos 2007 jam 3:52 petang hingga jam 9:23 malam. Gerhana tersebut tidak akan dapat disaksikan sepenuhnya dari mana-mana Kawasan Di Malaysia disebabkan semasa gerhana bermula, bulan masih berada di bawah ufuk atau lebih dikenali sebagai "belum terbit".
Walaubagaimanapun kawasan Sabah dianggap bertuah kerana gerhana ini boleh disaksikan bermula jam 6:22 petang iaitu sebaik bulan terbit pada hari tersebut berbanding dengan kawasan Semenaanjung Malaysia yang hanya boleh menyaksikan gerhana tersebut apabila bulan djangka terbit pada jam 7:19 petang.
Pemerhati di Kawasan Sabah dijangka akan menyaksikan bulan terbit dalam keadaan gerhana penuh dan berwarna perang gelap (dark silver). Kemuncak gerhana berlaku pada jam 6:37 petang diikuti dengan fasa Umbra 3 pada jam 7:23 malam dimana pada masa itu bulan akan mula meninggalkan bayangan gelap bumi yang dipanggil sebagai umbra dan mula memasuki bayangan bumi berikutnya yang dipanggil sebagai penumbra. Pemerhati pada masa itu akan menyaksikan fenomena dimana bulan yang tadinya berkeadaan "dark silver" secara perlahan-lahan bertukar menjadi cerah kekuningan ataupun dalam bahasa biasa disebut sebagai "dari keadaan bulan sabit menjadi purnama". Bulan akan meninggalkan sepenuhnya bayangan umbra bumi pada jam 8:24 malam. Pada masa itu bulan akan kelihatan purnama sepenuhnya tetapi masih dalam bayangan penumbra bumi. Walaubagaimanapun bayangan penumbra bumi ini tidaklah mudah disaksikan dengan mata kasar melainkan dengan peralatan khas seperti teleskop yang dilengkapi dengan penapis tertentu. Fasa penumbra (dipanggil Penumbra 4) akan berakhir pada jam 9:23 malam.
Gerhana bulan berlaku apabila bulan dan bumi serta matahari berada dalam keadaan selari (garis lurus) dimana pancaran matahari yang biasanya kelihatan dipermukaan bulan akan dilindungi oleh bumi menyebabkan bulan tidak mendapat sebarang pancaran matahari. Warna "dark silver" semasa gerhana berlaku pula disebabkan atmosfera bumi masih menyerakkan (membiaskan) sedikit cahaya matahari dan semasa cahaya matahari melalui atmosfera ini, ianya akan turut melalui pelbagai jenis pencemaran yang terdapat di atmosfera bumi menyebabkan cahaya yang diserakkan kelihatan berwarna "dark silver".
FAKTA MASA DAN PROSES Gerhana Penuh Bulan 28 Ogos 2007
(P1) Penumbra 1 3:52 pm Kemuncak 6:37 pm (u3) Umbra 3 7:23 pm (P4) Penumbra 4 9:23 pm
|
** Semua masa di atas adalah berdasarkan pada masa yang dikeluarkan oleh Agensi Angkasa Negara
No comments:
Post a Comment