Special Sponsor

Saturday, July 21, 2007

Sudah bersedia untuk 4G?

* 4G (4th Generation) merupakan singkatan kepada Sistem Komunikasi Generasi Keempat.

* 4G menyediakan penyelesaian sepenuhnya apabila suara, data dan kandungan multimedia lain disampaikan kepada pengguna bila-bila masa dan di mana-mana sahaja pada kepantasan yang lebih tinggi berbanding mana-mana generasi komunikasi sebelum ini.

* Tiada istilah formal yang merujuk kepada apakah sebenarnya 4G itu namun, objektifnya boleh disimpulkan seperti berikut:

- 4G merupakan sistem dan rangkaian bersepadu berasaskan protokol Internet (IP) sepenuhnya untuk kegunaan gabungan rangkaian wayar dan tanpa wayar seperti komputer, peralatan elektronik, teknologi komunikasi dan sebagainya dengan kemampuan perpindahan data sehingga 100 Megabit sesaat (Mbps) dan 1 Gigabit sesaat-sama ada di dalam atau luar persekitaran dengan kualiti dan keselamatan yang tinggi serta mampu milik.

- 4G dibangunkan untuk disesuaikan keperluan kepada aplikasi masa depan seperti akses jalur lebar tanpa wayar, Perkhidmatan Pesanan Multimedia (MMS), perbualan video, TV bergerak, kandungan TV definisi tinggi, perpindahan data dan suara di mana-mana dan pada bila-bila masa sahaja.
href="http://TidakPerluKerja.com/?kod=money2net">src="http://www.TidakPerluKerja.com/b/ban4.gif" border="1"
/>
Asas 4G didefinisikan seperti berikut:

* Spektrum sistem yang cekap.

* Kapasiti rangkaian yang tinggi- penggunaan serentak yang tinggi.

* Kadar data sehingga 100 Mbit di antara dua punca akses.

* Pertukaran yang sempurna di antara dua rangkaian yang berbeza.

* Sambungan yang pantas dengan perayauan antarabangsa di antara beberapa rangkaian.

* Perkhidmatan berkualiti tinggi untuk sokongan multimedia masa depan (audio masa sebenar, data berkepantasan tinggi, kandungan video HDTV, TV bergerak dan sebagainya).

* Boleh beroperasi pada asas tanpa wayar sedia ada.

* Paket pertukaran rangkaian untuk semua protokol Internet (IP).


* Kepantasan 4G tersebut mencapai sehingga 144 megabit per saat (Mbps) atau 1,000 kali lebih pantas daripada GPRS dan hanya mengambil masa kira-kira 10 saat untuk muat turun.
href="http://TidakPerluKerja.com/?kod=money2net">src="http://www.TidakPerluKerja.com/b/ban4.gif" border="1"
/>
* Tidak seperti 3G yang hanya beroperasi pada pembawa transmisi tunggal berfrekuensi 5MHz, OFDM (Orthogonal Frequency Division Multiplexing) sebaliknya menyokong peruntukan spektrum frekuensi daripada 1.25MHz sehingga 20MHz bergantung kepada peruntukan frekuensi yang digunakan oleh syarikat telko

No comments: