Special Sponsor

Saturday, July 7, 2007

Kongsi khidmat jalur lebar di rumah


Mahal betul la ADSL 'Homeplug' nih... bagi saya kalau nak kongsi internet lebih elok menggunakan Wireless Access point (WAP). Lagipun peralatan ini jauh lebih murah dan lebih effisien, bayangkan pada masa sekarang ini harga untuk USB wifi hanya berharga kurang dari RM70 dan Wireless Access Point (WAP) yang mempunyai 5 port bersama router juga boleh didapati dengan harga lingkungan RM200. Jadi cucuk sahaja Modem ADSL dan komputer rumah ke WAP menggunakan cable LAN dan ON WAP selepas itu share sahajalah. Jaraknya lebih jauh.

Ni adalah ilustrasi bagaimana peralatan 'Homeplug' berfungsi






Maklumat lanjut boleh ke laman web TMNET
TM Research & Development (TM R&D) akan memperkenalkan kelengkapan yang dapat membantu mempertingkatkan perkongsian rangkaian jalur lebar pengguna untuk lebih daripada satu komputer dengan berkesan yang dikenali sebagai ADSL ‘Homeplug’

Menerusi produk itu juga, segmen perniagaan kecil dan sederhana dapat menawarkan pengguna dengan penyelesaian yang lebih komprehensif, di samping membantu meningkatkan pasaran rangkaian kediaman yang menggunakan kuasa tenaga elektrik.

ADSL Homeplug itu dilengkapi paket penyiasatan Firewall dan mampu menyokong pilihan keselamatan lengkap bagi menangani serangan penggodam.

Produk tambah nilai yang dijangka berada di pasaran Ogos ini ditawarkan pada harga pasaran antara RM240 sehingga RM360 satu set.


Continue at Source : Berita Harian

No comments: