Special Sponsor

Friday, June 22, 2007

Al-Kulliyah dalam 3G

AL-KULLIYYAH bukan sekadar wadah dalam mengisi kekosongan program agama di televisyen di negara ini.

Bertujuan membantu meningkatkan kefahaman dan syiar dakwah melalui media elektronik, program terbitan TV3 yang disiarkan selama sejam setiap Jumaat pada pukul 5 petang itu mengupas pelbagai permasalahan berkaitan hukum ilmu fekah, sirah, muamalat, falak dan syariah.

Mengambil pendekatan dan inspirasi daripada kaedah pengajaran di masjid dan surau, pengacara dan dua penceramah jemputan menyampaikan ilmu dan perbahasan secara duduk bersila dengan rekaan set berteraskan ruang mihgrab sholat Masjid Qurtubah di Sepanyol.

Setelah 11 tahun bersiaran, Jumaat lalu program itu memasuki fasa baru dengan perubahan penampilan montaj, set dan corak penyampaian yang lebih pantas dan interaktif.

*Teknologi 3G

Menurut Ruzmi, pihaknya juga memanfaatkan teknologi komunikasi media interaktif melalui penggunaan teknologi 3G pada wajah baru program tersebut.

Melalui kerjasama daripada DAPAT Vista (M) Sdn. Bhd., Al-Kulliyyah cuba menyediakan ruang yang lebih interaktif buat audiensnya.

Tidak lagi menggunakan telefon, kaedah baru penghantaran soalan adalah melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).

Menariknya, dua SMS terbaik yang menepati tajuk perbincangan dan penggunaan bahasa yang betul akan dipilih setiap minggu dan pemenang akan menerima buku kitab Fekah sumbangan Pustaka Salam.

Sidang video melalui internet juga akan disiarkan melalui Al-Kulliyyah seperti sidang video ke Tokyo dan Paris yang pernah disiarkan sebelum ini.

“Jaringan interaktif juga diperluaskan dengan komunikasi telefon 3G yang menghubungkan audiens ke lokasi secara terus.

“Sentuhan baru ini diharap berupaya mengubah tanggapan penonton yang sering melihat program agama stereotaip dan lesu,” ujar Ruzmi lagi.

Kata Ruzmi, pihaknya sehingga kini juga telah berjaya mengumpulkan sejumlah 9,693 keahlian sebagai Sahabat Al-Kulliyyah (SAK).

Sumber: Utusan Malaysia

No comments: