lol this video is hilarious
celcom vs digi, who knows which is bigger..
Special Sponsor
Saturday, June 23, 2007
Yellowman pwned
Posted by nazri at 12:34 PM 0 comments
Labels: Fun
Friday, June 22, 2007
Al-Kulliyah dalam 3G
AL-KULLIYYAH bukan sekadar wadah dalam mengisi kekosongan program agama di televisyen di negara ini.
Bertujuan membantu meningkatkan kefahaman dan syiar dakwah melalui media elektronik, program terbitan TV3 yang disiarkan selama sejam setiap Jumaat pada pukul 5 petang itu mengupas pelbagai permasalahan berkaitan hukum ilmu fekah, sirah, muamalat, falak dan syariah.
Mengambil pendekatan dan inspirasi daripada kaedah pengajaran di masjid dan surau, pengacara dan dua penceramah jemputan menyampaikan ilmu dan perbahasan secara duduk bersila dengan rekaan set berteraskan ruang mihgrab sholat Masjid Qurtubah di Sepanyol.
Setelah 11 tahun bersiaran, Jumaat lalu program itu memasuki fasa baru dengan perubahan penampilan montaj, set dan corak penyampaian yang lebih pantas dan interaktif.
*Teknologi 3G
Menurut Ruzmi, pihaknya juga memanfaatkan teknologi komunikasi media interaktif melalui penggunaan teknologi 3G pada wajah baru program tersebut.
Melalui kerjasama daripada DAPAT Vista (M) Sdn. Bhd., Al-Kulliyyah cuba menyediakan ruang yang lebih interaktif buat audiensnya.
Tidak lagi menggunakan telefon, kaedah baru penghantaran soalan adalah melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).
Menariknya, dua SMS terbaik yang menepati tajuk perbincangan dan penggunaan bahasa yang betul akan dipilih setiap minggu dan pemenang akan menerima buku kitab Fekah sumbangan Pustaka Salam.
Sidang video melalui internet juga akan disiarkan melalui Al-Kulliyyah seperti sidang video ke Tokyo dan Paris yang pernah disiarkan sebelum ini.
“Jaringan interaktif juga diperluaskan dengan komunikasi telefon 3G yang menghubungkan audiens ke lokasi secara terus.
“Sentuhan baru ini diharap berupaya mengubah tanggapan penonton yang sering melihat program agama stereotaip dan lesu,” ujar Ruzmi lagi.
Kata Ruzmi, pihaknya sehingga kini juga telah berjaya mengumpulkan sejumlah 9,693 keahlian sebagai Sahabat Al-Kulliyyah (SAK).
Sumber: Utusan Malaysia
Posted by nazri at 7:06 AM 0 comments
Labels: Ugama
Windows Vista masih OS yang secure
Terkejut juga apabila melihat pada carta di atas, betul ke nih? Ini mungkin adalah petunjuk yang bagus. 6 bulan merupakan tempoh yang menarik dan memberikan kita peluang untuk melihat trend penunjuk tidak menaik, atau petanda awal peningkatan dalam jangka masa pendek. Aku fikir lebih baik tengok dengan lebih mendalam jumlah fixed dan unfixed vulnerability
Untuk detail atau nak print report, kamu boleh download report dalam bentuk pdf dengan clik pada bar chart di atas.
Posted by nazri at 6:50 AM 0 comments
Labels: Windows
Thursday, June 21, 2007
Bunga bakawali kembang
Malam tadi aku sempat menyaksikan peristiwa bunga bakawali atau nama lainnya Epiphyllum anguliger berkembang. Bunga ni boleh kata berkembang setiap bulan sekali bergantung la pada batang pokok ni. Ia berkembang dari pukul 12 tengah malam hingga 3 pagi je time tu bau wangi semerbak dari dalam bunga tu. serious wei...
lepas tu bunga start layu
0904pm 20 Jun 2007
1017pm 20 Jun 2007
1123pm 20 Jun 2007 -start kuar bau wangi-
1206am 21 Jun 2007 -mekar-
0703am 21 Jun 2007 -layu-
Harap² lepas ni banyak lagi bunga bleh tumbuh
Posted by nazri at 7:09 AM 0 comments
Labels: Flower
Wednesday, June 20, 2007
Windows Vista SP1
Baru je vista ni dilancarkan dah ada service pack 1. Mengikut pembacaan aku
kat bink.nu, Microsoft telah bersetuju melakukan perubahan pada design dan fungsi Windows Vista pada desktop search. Microsoft akan didedahkan pada versi beta service pack yang boleh diupdate pada akhir tahun ni.
Full story at source (more on Google desktop search case the SP1)
Sumber : bink.nu
Posted by nazri at 11:56 PM 0 comments
Labels: Windows
Safari 3.0.1 Beta for Windows
Safari offers you a superior Web experience with outstanding performance. Even the most complex of pages load at breakneck speed. In fact, it loads pages more quickly than any other Mac Web browser. But that's not all. Safari uses the advanced interface technologies underlying Mac OS X to offer you an all-new view of the Web, one that's much easier to use.
Download : Apple Safari for for Windows 3.0.1 Beta
Posted by nazri at 8:37 PM 0 comments
Labels: internet
Mengerjakan PC
Dah lama tak kerjakan komputer aku ni so alang-alang aku
beli thermal compound Artic Cooling MX-1 High Performance ni baik aku guna.
Ok la biar aku cerita spec bende alah ni.
No Metal Particles
Since the MX-1 does not contain any metal particles, there are no problem regarding
electrical conductivity and capasitance. In contrast to electrical traces, pins, and leads cannot result in damage
maknanya dalam ni tiada zarah² besi so bila apply tak ada la masalah kemuatan dan short
Durability
The compound increases viscosity within a period of 200 hours and reaches thereafter... (bla-bla malas nk tulis)
maknanya kelikatan akan meningkat dalam masa 200 jam dan lepas tu prestasi kompaun tak
menurun dalam masa 8 tahun (serius ke??)
Cara Apply
Posted by nazri at 7:56 PM 0 comments
Pergi ke kedai ikan
Dah agak lama juga la bela ikan ni.
Pagi selasa tadi, lepas bersihkan akuarim ikan mak suruh
pergi beli makanan dan filter ikan. aku pon start la moto dan membuat
lawatan ke tempat bela haiwan
rambang mata melihat ikan²
ikan ni comel tapi x bleh bela sebab kecik sangat
Posted by nazri at 7:32 PM 0 comments
Labels: pet
Ada cinta
Mula-mula dengar lagu ni terus tangkap layan
Aku pon mencarik la video clip dia, setelah berminggu² akhirnya jumpa gak...
Download
Ada Cinta.mpg
Ada Cinta.avi Official Vclip
Posted by nazri at 9:06 AM 0 comments
Labels: Music
Tuesday, June 19, 2007
Overclock melampau
Sebenarnya nak overclock yang kaw-kaw x perlu la guna watercooler atau aircond. Guna kipas je dah boleh.
Ini adalah contohnya, pc ni spec dia
P4 506 (2.66Ghz)
Motherboard Asus
DDR II RAM
500Watt power supply cap ayam
Kipas ThermalTake
kalau nak tengok ni gambar kat bawah
ok seterusnya tengok suhu motherboard, cpu, dan lain2 peralatan kalau suhu stabil je (under 50 darjah celcius) dah kira stabil la... tengok volt semua.... rekemen software adalah everest home edition sbb ia FREE...
then lepas setting overclock kat bios jadi la macam ni... huahuahua
credit goes to zoxoque for the picture :P
Posted by nazri at 9:09 AM 0 comments
Friday, June 15, 2007
Updating Windows XP
Tetiba plak rasa rajin nak update windows aku ni
guna autoupdate. Aku pon on kan la komponen dan service untuk autoupdate dan mengupdate
secara manual guna internet explorer masuk kat website microsoft...
lepas aku download semua update aku pon semak balik... ni resultnya...
tarikh tertera adalah pada 14 jun 2007 iaitu semalam dan lepas update ni
baru rasa smooth sket ye la bende burok kene la replace betul x??
Posted by nazri at 2:25 AM 0 comments
Labels: Windows
Wednesday, June 13, 2007
Pemandangan indah
Aku ni jenis suka ambk gambar. tapi memandangkan aku ada
kamera henset 1.3 megapixel je so kebanyakan gambar x la jelas
sangat... so enjoy
Sunset kat poli, yang besar tu tong air
ni lak sungai kat area sabak bernam, depan kolej komuniti.
sama gak kat atas, cuma view ke kiri
ni lak kawasan taman permainan
masih lagi kat area sabak bernam
ni lak sungai kt area kuala kangsar
Posted by nazri at 12:26 PM 0 comments
Periksa dah abis
alhamdulillah
periksa final dah habis, so sekarang ni tunggu result dan konvo....
tapi aku risau gak la dengan paper analisis litar aku nih. masa exam hari tu
dah la kene sakit mata pastu time tengah jawab demam panas lak tu. aku rasa
bleh jawab soalan 1 je lagi 3 soalan aku dah pening pening, Laplace dan Fourier yang aku
practice langsung x leh nk keluarkan balik dalam otak.... adoi...
Posted by nazri at 8:17 AM 1 comments
Sunday, June 3, 2007
sakit mata
petang semalam aku pelik tengok mata aku
macam berair dan ada taik mata... tapi
x de la merah pon. Then dalam 2-3 jam lepas tu
mata mulai merah... nasib baik dah pergi klinik
ambik ubat.
esok minggu final exam, hai mata cepatlah
sembuh...
Posted by nazri at 11:14 AM 0 comments