PULAU PINANG 22 Mei – Tiga pelajar Fakulti Kejuruteraan Elektrik, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) berjaya mencipta sistem keselamatan canggih yang berupaya menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada pemilik kereta apabila kenderaannya diceroboh.
Alat yang dikenali sebagai Sistem Interaktif Pintar Kenderaan (ISVS) ini direka dan dibangunkan oleh Abdul Aziz Abdul Mutalib, Choo Kok Yang dan Ang Teik Boon dengan kos kira-kira RM1,100 sahaja.
Menurut Abdul Aziz, pemilik kereta yang mempunyai sistem tersebut mampu mengelak kenderaan mereka dicuri kerana rekaan itu membolehkan pemilik mengetahui setiap pergerakan kenderaan.
Tambahnya, sistem tersebut yang disambung dengan telefon bimbit juga agak berlainan dengan sistem penggera sedia ada yang dipasang dikebanyakan kereta pada masa ini kerana ia tidak mengeluarkan sebarang bunyi apabila diceroboh.
"Sebaliknya ia secara automatik akan menghantar SMS kepada pemiliknya memberi tahu "door opened" apabila seseorang yang bukan pemilik kereta membuka pintu kenderaan tersebut.
"Pemilik kemudiannya boleh menghantar SMS "lock the door" kepada kenderaan tersebut untuk "mengunci" kesemua pintu dan ia secara automatik akan mematikan semua sistem kereta. Walaupun orang tersebut ada kunci pendua, kereta tersebut tidak akan berjaya dihidupkan,'' katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita semasa membuat demonstrasi keberkesanan sistem ISVS dalam Pertandingan Penyelidikan dan Inovasi Peringkat Kebangsaan di Dewan Utama Pelajar, Universiti Sains Malaysia (USM) di sini hari ini.
Sebanyak 12 institusi pengajian tinggi (IPT) membabitkan 300 pelajar menyertai pertandingan yang terbahagi kepada enam kategori bermula Ahad lalu.
Menurut Abdul Aziz, sistem itu direka bersama kad ID pemilik yang antara lain digunakan untuk menghidupkan kereta tersebut selain kunci kereta.
"Selain ciri-ciri tersebut, sistem ini turut direka dengan sistem maklumat bersuara yang akan memaklumkan kepada pemandu jika terdapat pintu yang tidak tertutup rapat atau tali pinggang tidak dipakai.
Special Sponsor
Friday, May 25, 2007
Sistem Pintar Kenderaan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment