TOKYO 13 Jan. – Pantai utara dan timur Jepun dilanda ombak tsunami yang kecil hari ini selepas gempa bumi kuat berukuran 8.2 pada skala Richter menggegarkan bahagian utara Pasifik.
Tiada sebarang kemalangan jiwa atau kerosakan dilaporkan berlaku dalam kejadian gempa bumi itu, yang berlaku kira-kira pukul 1.24 tengah hari waktu tempatan (1.24 tengah hari waktu Malaysia) dekat Pulau Kuril , kira-kira 500 kilometer ke timur pulau Etorofu, yang terbesar dalam rangkaian empat pulau yang menjadi rebutan antara Jepun dan Rusia.
Agensi Meteorologi Jepun berkata, pusat gegaran itu terletak 525 kilometer ke timur laut Kuril’sk di pulau Kurile dan 1,710 kilometer ke timur laut Tokyo.
Kawasan itu pernah digegarkan gempa bumi yang kuat pada November lalu dan mencetuskan amaran tsunami dan pemindahan penduduk tetapi pantai Jepun hanya dipukul ombak kecil, yang terbesar sekali hanyalah setinggi 40 sentimeter.
Gempa bumi hari ini telah mencetuskan amaran tsunami di pantai utara Jepun, Rusia dan beberapa bahagian di sepanjang pantai Lautan Pasifik, termasuk Guam, Taiwan, Filipina dan Hawaii.
Agensi itu berkata, beberapa bahagian di pulau Hokkaido di jangka dilanda ombak tsunami setinggi semeter akibat gempa bumi tersebut.
Ombak yang lebih kecil juga dijangka berlaku di kawasan pantai Pasifik Jepun, iaitu dari Hokkaido ke wilayah Wakayama di pulau utama Honshu, yang merupakan pulau terbesar di barat Jepun, kata agensi itu.
Bagaimanapun, ombak tsunami terbesar yang dicatatkan lebih tiga jam selepas gempa bumi itu hanyalah setinggi 40 sentimeter di Chichi-jima, sebuah pulau Pasifik yang mempunyai kira-kira 2,000 penduduk dan terletak kira-kira 1,000 meter ke selatan Tokyo.
Pantai Hokkaido dan juga kawasan-kawasan pantai di utara Jepun juga dipukul ombak tsunami yang lebih kecil. Sehingga pukul 5 petang, tiada kejadian ombak yang lebih besar dilaporkan berlaku.
Para pegawai Jepun, bagaimanapun, memberi amaran bahawa ombak yang lebih besar masih boleh berlaku dan menasihatkan beribu-ribu penduduk yang tinggal di kawasan pantai supaya berpindah.
Terdahulu, paras laut dilaporkan naik kira-kira 10 sentimeter di bahagian timur laut bandar Nemuro kira-kira sejam selepas gempa bumi itu berlaku.
Peningkatan yang lebih kecil juga dicatatkan pada paras laut di bandar-bandar tepi pantai yang lain, termasuk Kushiro, Abashiri dan Otaru.

– AP
powered by performancing firefox
No comments:
Post a Comment