Special Sponsor

Monday, May 19, 2008

Usah percaya SMS panggilan Maut

Sudah lama aku tidak menulis...
15 May tadi aku menerima SMS dari kakak aku yang berbunyi


KPD SUME YG DIKASIHI. KALAU ANDA MENDPT PNGGILAN TELEFON
YG BRNOMBOR PANJANG.
Cnth: +62852731520946 DAN BRWARNA MERAH, DIHRAP2 SGT JGN DIANGKAT DAN DIJWB PANGGILAN ITU. INI KERANA DI INDONESIA SKRG, SEKUMPULAN PENUNTUT ILMU HITAM SDG MENGUJI ILMU MEREKA MELALUI TELEFON. JIKA SESIAPA YG MENJWB PNGGILAN ITU MULUT AKAN BERBUIH DAN AKAN MATI SLPS ITU. DI INDONESIA SDH 9 ORG MATI....... (panjang sangat malas aku nak taip semula)



Lepas je aku baca aku ketawa terbahak-bahak sampai satu opis dengar, sebab mengarut la sms ni. Power betul ilmu hitam sampai boleh transfer dari talian, ilmu hitam atas talian atau dalam bahasa inggeris (black magic online) huuhuuu.. Itu macam kasi call sama bush, presiden israel ka, Paklah ka, Rosmah ke kan bagus. Aman sikit dunia nih.

Then lepas aku google merata internet rupa-rupanya sms ni hanyalah haox dari seorang perempuan kat negera indonesia sana. Cuba baca di bawah ini...

Kemunculan SMS peringatan berhubung panggilan maut yang kini amat digeruni penduduk Indonesia dikesan mula diterima pemilik telefon bimbit di negara ini sejak minggu lalu dengan amaran supaya tidak menjawab panggilan telefon daripada nombor melebihi lapan angka itu.


Malah, panggilan terbabit yang turut digelar di Indonesia sebagai panggilan santet, deringan syaitan atau telefon maut, didakwa angkara pengamal ilmu hitam yang kononnya mahu menguji tahap keberkesanan ilmu hitam dipelajari.


Berdasarkan laporan media utama Indonesia, penerima panggilan itu bakal menjadi mangsa ‘kes pembunuhan jarak jauh’ didalangi dukun ilmu hitam yang menghantar syaitan atau jin melalui panggilan telefon untuk membunuh mangsa.


Bagaimanapun, dakwaan terbabit dianggap tidak berasas kerana tiada yang dilaporkan mati setakat ini berkaitan penerimaan panggilan maut yang kini merebak ke Malaysia, dipercayai dibawa rakyat negara berkenaan.Siasatan dilakukan pihak berkuasa Indonesia mendapati nombor pengirim SMS itu berasal dari Sumatera Selatan dan Kepulauan Riau, Indonesia.Susulan maklumat dikumpulkan, seorang remaja perempuan yang disyaki mencipta dan menghantar SMS terbabit sudah ditahan minggu lalu oleh polis Indonesia di Riau. Selepas disoal siasat, remaja terbabit mengaku menyebarkan SMS itu hanya untuk gurauan kepada rakannya.


Perkara itu didedahkan Ketua Bahagian Umum Direktorat Jenderal Pos dan Telekomunikasi Indonesia, S Dewabrata kepada media, Selasa lalu, yang mendakwa SMS terbabit dipercayai ada kaitan dengan usaha pihak tertentu bagi mengaut keuntungan selain meningkatkan jumlah pelanggan talian prabayar.


Bagaimanapun, kegemparan mengenai kes itu berterusan apabila laman web berita Kompas.Com semalam melaporkan, seorang pegawai bank ABN di Jalan Petamburan, Jakarta, menjadi individu terbaru menerima panggilan berkenaan selepas M Fani Bratawijaya, 25, sebelah tengah hari. Pejabat Harian Metro di sini, Melaka dan Seremban turut dihujani panggilan telefon bertanyakan mengenai SMS terbabit.


Mesej sepanjang 73 perkataan itu menyatakan kumpulan terbabit akan menghubungi sesiapa menerusi talian antarabangsa secara rambang dan sebaik saja mangsa menjawab panggilan itu mereka kononnya akan mati terkena sihir. Pengguna telefon bimbit talian prabayar, Ismail Che Nordin, 42, turut melahirkan kegelisahan selepas menerima SMS terbabit sebaik tiba di pejabatnya di Taman Segar, Cheras, pagi semalam.


Menurutnya, kemunculan SMS itu boleh mencetuskan ketakutan kepada orang ramai yang menyangka panggilan santau benar-benar wujud dan boleh mendatangkan malapetaka kepada pemilik telefon bimbit.


“Lebih menakutkan apabila SMS terbabit mendakwa dua mangsa di Puchong sudah mati dan meminta disebarkan kepada umum,” katanya yang bekerja sebagai jurujual di sebuah syarikat di Selayang di sini.



Oleh itu sebelum menyebarkan haox lain kali fikir dulu. Dan sekarang aku menunggu pula haox pasal GPS (global positioning system) yang pernah kecoh di Korea sedikit waktu dulu...

No comments: